Wednesday, March 18, 2009

RUANGAN KHAS....

"Semakin kita menghampiriNya..semakin banyak percobaan yang kita lalui..."..Menangis itu bukan satu jalan penyelesaian..yang dah pergi biarkan dia pergi...kerana dari mana datangnya kita, dari situ jugalah kita akan kembali.. Cuma hanya masa saja yang menentukan sama ada cepat atau lambat kita pergi kepadaNya..
Pergi begitu sahaja, membuatkan orang yang menyayangi kita sangat sakit...kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka yang kita sayangi amat memberatkan mereka...apatah lagi jika pergi tanpa kemaafan...memang benar, bukan senang hendak memaafkan, tetapi tidak susah juga kita meminta maaf sekiranya itu memang kesalahan kita...jangan sesekali kita membiarkan orang yang menyayangi kita menderita..kerana kita akan menyesal apatah lagi bila kita pergi begitu sahaja tanpa meminta maaf...
Dalam hidup kita ada dua perkara sahaja...baik dan buruk...kalau tersilap langkah...kita akan merana....Jadi, jangan persiakan segala peluang yang ada...dan jangan salahgunakan peluang yang depan mata...kerana hidup kita kadang-kadang di atas dan kadang-kadang dibawah...Apabila berada di atas jangan lupa untuk tunduk ke bawah..dan apabila kita berada dibawah, jangan sampai kita putus asa sehingga sanggup lepaskan dan kehilangan semuanya...dan ambil jalan mudah dengan.............................................mengancam nyawa sendiri..sehingga sanggup meninggalkan orang yang TERSAYANG!!

Sunday, March 1, 2009

AKU PERNAH JATUH, TAK SEMESTINYA AKU TIDAK BOLEH BANGUN LAGI...

Remaja merupakan golongan yang paling aktif dalam melakukan apa-apa perkara. Golongan ini bukan sahaja kuat memberontak malah mempunyai perasaan ingin cuba yang cukup tinggi. Oleh itu, ramai remaja yang di luar sana tersilap langkah sehingga menjejaskan masa depannya sendiri. Zaman remaja merupakan satu zaman yang cukup mencabar dan tidak lari daripada pelbagai halangan apatah apabila kita ingin mendapatkan sesuatu kejayaan. Bak kata orang, bukan senang untuk berjaya, dan bukan susah untuk gagal.

Bukan semua kita mempunyai zaman remaja yang indah, ada juga yang menyelami detik hitam ketika rakan-rakannya yang lain riang dan gembira di samping keluarga dan teman tercinta, namun dia hanya berendam air mata mengenangkan nasibnya yang begitu malang tanpa orang tersayang disisinya. Seringkali tertanya di hati kecil beliau, mengapa dia perlu lalui semua ini pada masa dia begitu mentah lagi untuk memikirkannya. Pengalaman seperti ini telah dilalui oleh rakan saya sendiri yang mana telah “jatuh” ketika berlakunya pergolakkan dalam keluarganya semasa usia beliau masih remaja.

Penceraian ibu bapa dan keretakan rumahtangga merupakan salah satu punca utama golongan remaja terjerumus dalam gejala tidak sihat. Hal ini kerana keluarga merupakan orang paling dekat dan rapat dengan mereka pada usia mereka masih muda. Malah golongan ini sememangnya masih dibawah jagaan orang tua mereka. Apabila berlakunya keretakan rumahtangga dan juga ibu bapa bercerai, anak-anaklah yang akan menjadi mangsa keadaan. Seperti mana yang berlaku terhadap rakan saya ini yang hanya mahu dikenali sebagai R, beliau mengatakan zaman remajanya tidak seindah orang lain. Sejak ibu bapa R bercerai ketika beliau masih di sekolah menengah lagi, beliau berdikari sehinggalah sekarang.

R seorang yang sangat tabah dalam menghadapi dugaannya. Beliau memberitahu, pada mulanya dia sangat marah dan kecewa dengan penceraian yang berlaku antara ibu bapanya dan menganggap mereka tidak menyayangi beliau lagi. Tetapi disebabkan insiden ini, R sentiasa yakin dengan dirinya kerana dia merasakan pengalaman hidupnya yang sentiasa berdikari telah banyak mengubah dirinya dan menjadikannya lebih matang dari usianya. “ Saya sentiasa membuat keputusan saya sendiri dan saya berani dalam menghadapi apa jua cabaran yang bakal saya tempuhi sekiranya keputusan yang dibuat adalah salah”, katanya. Walaupun ibu bapa R bercerai, tetapi mereka tidak pernah melupakan tanggungjawab mereka terhadapnya. Oleh sebab itu, perasaan marah R terhadap orang tuanya boleh hilang sedikit demi sedikit walaupun meninggalkan parut di dalam hatinya.

Seperti remaja lain, R inginkan keluarga yang bahagia dan sentiasa penuh dengan gelak tawa, tetapi disebabkan satu kesilapan, kasih sayangnya telah dirampas. “ Saya pernah bergaduh dengan ibu saya kerana perpisahan yang berlaku di antara dia dan ayah. Tetapi saya kecewa dengan jawapannya, apabila dia memberitahu tiada apa-apa yang menyebabkan perpisahan ini. Ketika itu, saya ingin sekali membawa diri jauh dari mereka kerana merasakan mereka tidak sayang pada saya lagi, Tetapi dengan berbekalkan doa, nasib saya begitu baik kerana tidak melakukan perkara bodoh itu. Dalam hati saya hanya berfikir walau apapun yang terjadi hidup saya mesti diteruskan, saya tidak akan memusnahkan masa depan saya disebabkan perkara ini. Sekarang saya kehilangan kasih sayang dari keluarga dan saya takkan biarkan sesekali masa depan saya lenyap begitu sahaja”, jelas R.

Bagi R, semua itu bukan halangannya untuk berjaya dalam akademiknya dan ia terbukti apabila beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM nya, walaupun kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya setelah berpisah.” Sekarang saya bangga dengan diri saya, walaupun saya gagal dalam kasih sayang keluarga, tetapi saya berjaya dalam pencapaian akademik sehingga sekarang dan memperoleh pekerjaan yang baik. Saya berharap saya akan mendapat kebahagian untuk keluarga kedua saya nanti”, ujar beliau.
Bila mengenangkan kisah R, ternyata kita jangan hanya menunding jari kepada satu pihak sahaja apabila timbulnya masalah sosial yang berkaitan dengan remaja. Hal ini kerana, kadang-kadang remaja itu sendiri yang perlu mempunyai jawapannya tersendiri untuk menjawab segala yang berlaku dalam hidupnya sama ada buruk atau tidak. Paling penting, hidup kita perlu berbekalkan perasaan yang tidak pernah putus asa dan sentiasa berwaspada dengan segala yang berada di sisi kita, kerana musuh kita akan sentiasa mengekori kita dari belakang apatah lagi ketika kita ingin mengejar kejayaan.

Dunia remaja kita perlulah diwarnai dengan keceriaan dan penuh kegembiraan supaya kita akan merasakan alam remaja kita begitu indah. Bangkitlah dari kekalahan dan kemusnahan. Janganlah kita merasakan begitu lemah apabila kita berhadapan dengan kekalahan sehingga membuatkan kita sanggup memilih jalan yang salah. Tetapi bangunlah dari kegelapan itu, dan mulalah bina kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, dunia remaja sangat berharga dalam kehidupan seseorang kerana dari situ kita mempelajari banyak perkara dan dari situ jugalah kita dapat membentuk diri kita.