Wednesday, February 18, 2009

APA KATA MEREKA...

Bila bercerita mengenai persahabatan, pasti ramai remaja sana yang sukakannya. Namun ada juga yang tidak kisah pasal persahabatan, kerana bagi mereka kawan itu tidak penting..mereka boleh juga hidup sendiri tanpa sahabat disisi mereka. Beberapa hari yang lalu, saya telah interview beberapa orang remaja untuk menanyakan mereka tentang persahabatan.. sama ada kawan itu penting atau tidak dalam hidup mereka..Mari kita tanya apa kata mereka...

Sahabat adalah orang kedua penting dalam hidup saya selepas keluarga saya. Ini kerana, adanya sahabata disisi, sya boleh berkongsi masalah dan juga meluahkan segala perasaan saya kepadanya. Tetapi, perlu ingat juga, kita mesti berhati-hati dalam memilih sahabat..kita perlukan sahabat yang berkualiti..bukan kuantiti yang penting.
- Marylin

Selain keluarga, sahabat orang kedua saya rujuk dahulu untuk berkongsi masalah dengan saya, especially my bestfren. Sahabat sangat penting apabila kita berjauhan dari keluarga. Oleh itu, biar kita berkawan seribu,kerana lari seorang, seorang akan datang untuk menggantikannya.
- Vanessa

Persahabatan ini suatu yang perlu, tanpa ikatan persahabatan mungkin susah bagi kita mahu berada di sesuatu tempa, mesti kita rasa janggal. macam banyak orang tengok, sebab kita seorang sahaja, tetapi kalau kita dan sahabat kita mesti kita rasa lebih yakin, ada tempat untuk luahkan dan persahabatan itu mesti ikhlas. Tanpa keikhlasan mesti susah hendak memahami sahabat kita. Bagi saya, persahabatan itu mesti saya hargai, sebab saya tidak boleh tiada sahabat.
- Dymna

Nilai sebuah persahabatan..susah senang tanggung bersama..Jujur dalam persahabatan dan juga saling membangun..
- Henny


0 comments: