Sunday, February 15, 2009

Remaja...

Dunia remaja ini merupakan satu alam yang sangat mencabar dan juga menyeronokkan. Dalam dunia keremajaan ini, kita dapat merasai turun naik nya kedudukan kita. Dalam dunia remaja ini jugalah kita akan mempelajari banyak perkara. Malah dalam dunia ini juga kita merempuh segala onak duri. Kadang-kadang ketika di usia remaja ini kita akan merasai bahawa dunia ini kita yang punya, kerana sikap ingin tahu dan ingin mencuba yang begitu mendalam dalam dunia remaja yang sentiasa memiliki jiwa ingin memberontak untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Namun kadang-kadang ia akan memberi kesan sama ada positif mahupun negatif. Apa-apapun, alam remaja ini merupakan masa yang begitu berharga untuk kita belajar sesuatu yang boleh memberi makna dalam kehidupan kita.

0 comments: