- kamu sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan.
- sepanjang hidup kamu tidak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial seperti gotong-royong dan lain-lain yang dianjurkan di tempat kerja, kolej atau di sekelilig kediaman kamu.
- tidak pernah mengemas tempat tidur.
- separuh dari masa kamu banyak dihabiskan dengan tidur.
- orang melihat kediaman kamu seperti tongkang pecah, tetapi kamu melihatnya seperti istana indah.
- sekiranya orang lain bersedih kerana gagal, tetapi kamu sedikit pun tidak berasa sedih. Bagi kamu kegagalan itu sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidup kamu.
- cara kamu menutup kelemahan kamu ialah selalu tampil cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi pada hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun tidak basuh.
- sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan, kononnya diet.
- setiap pagi wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak mood sahaja.
- tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana kamu merasakan apa yang kamu ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.
* Dari Majalah Remaja keluaran 1 Feb 2009
0 comments:
Post a Comment