Wednesday, February 18, 2009

10 Ciri Orang Malas...

  • kamu sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan.
  • sepanjang hidup kamu tidak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial seperti gotong-royong dan lain-lain yang dianjurkan di tempat kerja, kolej atau di sekelilig kediaman kamu.
  • tidak pernah mengemas tempat tidur.
  • separuh dari masa kamu banyak dihabiskan dengan tidur.
  • orang melihat kediaman kamu seperti tongkang pecah, tetapi kamu melihatnya seperti istana indah.
  • sekiranya orang lain bersedih kerana gagal, tetapi kamu sedikit pun tidak berasa sedih. Bagi kamu kegagalan itu sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidup kamu.
  • cara kamu menutup kelemahan kamu ialah selalu tampil cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi pada hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun tidak basuh.
  • sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan, kononnya diet.
  • setiap pagi wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak mood sahaja.
  • tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana kamu merasakan apa yang kamu ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.

* Dari Majalah Remaja keluaran 1 Feb 2009

0 comments: